Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mudahkan Pengguna Lebuh Raya, Setiap Proton X50 Baharu Dilengkapi Tag RFID TNG

today14 August 2025

Background
Mudahkan Pengguna Lebuh Raya, Setiap Proton X50 Baharu Dilengkapi Tag RFID TNG


Bagi memudahkan pengguna lebuh raya, PROTON dan Touch ‘n Go Sdn. Bhd. telah mengumumkan satu kerjasama strategik.

Memetik kenyataan rasmi, di bawah perjanjian tersebut, setiap Proton X50 baharu akan dipasang siap dengan tag Touch ‘n Go RFID di barisan pengeluaran.

Baca Juga:

Inisiatif ini mencerminkan komitmen kedua-dua syarikat untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih pintar dan mudah kepada pengguna di Malaysia.

Mudahkan Pengguna Lebuh Raya, Setiap Proton X50 Baharu Dilengkapi Tag RFID TNG
Sumber Gambar: Facebook Proton Cars

Selain Proton X50, terdapat potensi untuk meluaskan kerjasama antara kedua-dua syarikat ini kepada model PROTON lain.

“Dengan pelancaran model lain yang telah dirancang, PROTON berhasrat untuk memperluas pemasangan tag Touch ‘n Go RFID kepada model-model lain bagi menawarkan tahap kemudahan yang lebih tinggi kepada pelanggan kami.

“Matlamat kami adalah untuk meningkatkan tahap kepuasan pelanggan, dan kami percaya ini adalah salah satu langkah yang boleh dipertimbangkan ke arah mencapai…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post