
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan perkhidmatan tren tambahan Electric Train Service (ETS) bagi membantu melancarkan pergerakan pengundi yang akan pulang melaksanakan tanggungjawab masing-masing sempena Pilihan Raya Negeri (PRN).
Inisiatif ini ditawarkan khusus untuk tempoh perjalanan bermula 31 Julai hingga 2 Ogos 2026, merangkumi laluan utama di kawasan Selatan dan Lembah Klang.
Perincian Perkhidmatan dan Laluan Tambahan
Bagi memenuhi permintaan pengangkutan awam yang meningkat, dua perkhidmatan tren tambahan disediakan mengikut laluan berikut:
1. JB Sentral ⇄ Seremban (Perkhidmatan ETS Platinum Basic)*
2. KL Sentral ⇄ JB Sentral (Perkhidmatan ETS Express)
Langkah ini diharapkan dapat memberikan keselesaan dan fleksibiliti kepada pengguna, terutamanya para pengundi yang merancang perjalanan ke pusat pembuangan undi.
*Perkhidmatan ETS Platinum Basic menawarkan Kelas Perniagaan TANPA sajian makanan.
Jadual Perjalanan ETS
1….
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
