
Anak sulung kepada pasangan selebriti, Noor Neelofa dan Haris Ismail iaitu Muhammad Bilal sekali lagi mencuri perhatian wargamaya apabila sudah mampu membaca surah Al-Adiyat pada usia empat tahun.
Artikel Berkaitan: Neelofa Kongsi Perjalanan Hamil Anak Ketiga, Setahun Berusaha & Hampir Buat IVF
Anak soleh


Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz dilihat sedang menyemak bacaan Bilal membaca surah tersebut.
Tanpa sebarang kesalahan ketara, Bilal berjaya menghabiskan surah Al-Adiyat yang mengandungi 11 ayat.
Keupayaan Bilal itu mengundang pujian wargamaya yang kagum melihat kebolehannya menghafaz surah berkenaan pada usia yang masih muda.
Malah, ramai turut memuji sebutan Bilal yang jelas dan lancar ketika membacakan setiap ayat.
Menerusi hantaran sama, Neelofa memberitahu dia dan suami sudah memberikan pendedahan awal kepada anak mereka dengan membiasakannya membaca surah-surah pendek.
Menurut Neelofa, mereka turut menggunakan sebuah buku…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: