Meletakkan nama yang baik kepada anak-anak memang dituntut di dalam agama. Siapa sangka nama Muhammad kini muncul sebagai nama paling popular yang dipilih oleh ibu bapa di UK untuk tahun 2023.
Selepas menjadi pilihan pada tahun lalu, Muhammad nampaknya sekali lagi mengungguli kedudukan teratas untuk nama bayi lelaki di United Kingdom pada tahun ini. Laman web BabyCentre menyenaraikan 100 nama teratas untuk kedua-dua bayi perempuan dan lelaki pada 2023.

Muhammad menjadi nama paling popular di negara itu untuk beberapa tahun. Ejaan lain bagi nama seperti Mohammed dan Mohammad juga terdapat dalam senarai itu.
Jurucakap BabyCentre Faye Mingo berkata, ibu bapa semakin cakna isu pemberian nama dengan menghabiskan banyak masa memikirkan bukan sahaja mengenai nama bayi mereka, tetapi ejaan nama.
“Mungkin ia kecil, tetapi perbezaan ini penting kepada ibu bapa jadi kami kini akan memasukkan semua ejaan nama bayi individu dalam carta kami,” katanya kepada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: