Isu penggunaan nama XPDC oleh Real XPDC kini menarik perhatian presiden Persatuan Karwayan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez.
Freddie mendengar keluhan daripada beberapa pihak yang menganggap Real XPDC ibarat telah mencuri hasil karya milik XPDC dan menggunakannya untuk meraih keuntungan menerusi persembahan yang mereka ada.
Menurut Freddie, hanya ada 2 kumpulan yang berhak menggunakan nama itu iaitu XPDC Kita Pengyu dan XPDC Militia kerana mereka diberikan kebenaran oleh Life Records. Ditambah pula mereka ada anggota asal XPDC.
Jadi, sebarang usaha mewujudkan kumpulan lain dengan nama XPDC dengan genre muzik sama adalah satu tindakan menghasilkan versi tiruan.
Ini akan mempengaruhi imej dan jenama XPDC itu sendiri. Real XPDC sendiri banyak membawa lagu lagu XPDC di showcase mereka.
Dipetik dari Astro AWANI, Freddie berkata: “Merujuk kepada kumpulan XPDC di bawah Izo dan XPDC Zua Amy, saya ada terbaca ia masih di bawah keizinan pemegang jenama XPDC iaitu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: