Usahawan terkenal dengan produk minyak Jungle Girl, Nur Rafidah atau lebih mesra disapa Fida, tampil membidas komen segelintir netizen yang menegurnya berkaitan penampilan wajah.
‘Muka saya adalah kepuasan untuk saya sendiri’
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Fida menjawab komen seorang pengguna media sosial yang mencadangkannya supaya melakukan rawatan wajah untuk kelihatan lebih cantik.
Saya dah ada seorang anak, saya tak perlu cantik untuk orang lain atau kepuasan orang lain untuk tengok saya
Jelas Fida lagi, penampilan wajahnya bukan untuk memenuhi kehendak sesiapa, sebaliknya untuk dirinya sendiri.
Muka saya adalah kepuasan untuk saya sendiri. Muka saya macam ni lah, tak perlu suruh buat muka atau sebagainya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong pendirian Fida, sambil berpesan agar orang ramai sentiasa mensyukuri apa yang dimiliki dan tidak terlalu mengikut standard kecantikan orang lain.
Komen netizen

Sumber: TikTok
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: