Site icon Kool FM

Mula Kucing, Kali Ini Anjing Pula Jadi Mangsa Pembunuh Misteri Universiti Malaya

Pembunuh Misteri Universiti Malaya


Satu lagi bangkai kucing ditemui berhampiran gimnasium Universiti Malaya (UM), berikutan laporan lima kucing didakwa dibunuh oleh pembunuh misteri di kampus tersebut.

Menurut laporan Harian Metro, seekor anjing turut menjadi mangsa dalam kejadian yang masih menjadi tanya siapakah yang tergamak melakukan perkara ini.

Kenyataan daripada Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) semalam menyebut bahawa kes ini telah dilaporkan kepada pejabat keselamatan sebelum satu laporan polis dibuat.

“Kami telah menghubungi pejabat keselamatan dan meminta supaya kawalan akses ke kampus diperketatkan. Kami juga sedang berusaha mendapatkan rakaman CCTV (kamera litar tertutup),” jelas kenyataan tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, mengesahkan kepada Harian Metro bahawa laporan mengenai insiden ini telah diterima.

“Masih di peringkat awal siasatan,” katanya kepada wartawan.

Mengikut laporan, bangkai kucing dan anjing…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version