Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Mulanya Bangga Jadi Anak Mithali, Gadis Dakwa Kini Miliki Hutang Jutaan Ringgit Gara-Gara Ibu Bapa

today9 June 2025

Background
anak


Siapa sahaja tidak mahu menjadi anak yang berbakti kepada ibu bapanya selepas telah menumpahkan kasih sayang dan wang ringgit sepanjang penjagaan dari kecil sehinggalah ke menara gading?

Namun niat seorang gadis yang mahu memenuhi segala kemahuan ibu bapanya berakhir dengan kisah tragis apabila dirinya dibebani hutang mencecah jutaan ringgit.

Memetik mStar, anak bongsu daripada tiga beradik ini menceritakan semula bagaimana titik kisah gelap ini boleh berlaku yang mana pada tahun 2021 ayahnya terpaksa menjual rumah kediaman mereka walaupun pinjaman sudah hampir selesai.

Nak kahwin grand sampai gadai kediaman

anak
Sumber Gambar: Propertyguru

“Asalnya tak nak jual tapi sebab pujukan abang ngah yang cakap dia akan membelikan rumah untuk ayah dengan bersyarat, jadi terjual juga.

“Syaratnya kena selesaikan pinjaman peribadi yang diambil masa dia nak kahwin. Tapi selepas semua selesai, tiba-tiba dia cakap tak boleh belikan rumah sebab komitmen…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post