Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Muncul Kelibat Buaya, MBSA Pasang Tali Penghadang Sekitar Tasik Shah Alam

today3 September 2024

Background
Muncul Kelibat Buaya, MBSA Pasang Tali Penghadang Sekitar Tasik Shah Alam


Tular di Facebook berhubung penampakan buaya di Taman Tasik Shah Alam Seksyen 7.

Sehubungan dengan itu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), melalui Jabatan Kesihatan Persekitaran bersama Jabatan PERHILITAN telah mengambil tindakan awal.

Baca Juga:

Pihak MBSA dan PERHILITAN telah melawat tapak lokasi kemunculan seekor buaya di Tasik Seksyen 7 seperti didakwa warganet.

“Sebagai langkah keselamatan, MBSA telah memasang tali penghadang di sekitar kawasan Tasik Seksyen 7, Shah Alam dan akan membuat pemantauan dari masa ke semasa.

“Selain itu, Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor juga akan meletakkan banner peringatan di sekitar Tasik Seksyen 7, Shah Alam serta memasang perangkap bagi menangkap buaya tersebut,” petik perkembangan terbaharu MBSA.

Dalam pada itu, pihak MBSA meminta orang ramai untuk berhati-hati dan jika perlu mengelakkan beriadah di sekitar Tasik Seksyen 7 buat masa ini.




Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post

Sukan

TMJ beri idea skuad negara diswastakan

Kuala Lumpur: Sebaik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi memperkasakan skuad Harimau Malaya, Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melontarkan idea agar pasukan kebangsaan bergerak berasingan atau dalam erti kata lain diswastakan.

today3 September 2024