Pada kali ini, seorang bekas juruterbang helikopter nuri menerima durian runtuh apabila diumumkan sebagai pemenang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) yang ke-102.
Menurut laporan Harian Metro, Leftenan Kolonel (B) Mohd Azhar Mohd atau dipanggil Man, 53, yang berasal dari Guar Chempedak, Yan, berkata dia tidak menyangka menang RM1 juta hasil usaha menyimpan secara konsisten sejak tahun 2000.
Katanya, dia juga tidak terfikir untuk menang wang sebanyak itu berikutan hanya mensasarkan hadiah kereta sahaja ketika mula menyimpan di SSP.
“Saya simpan dan ada kalanya keluarkan balik duit SSP, tapi saya akan pastikan selepas itu saya simpan semula. Ia dilakukan secara konsisten, Alhamdulillah kali ini rezeki saya.
“Saya sebelum ini pernah menang beberapa kali tapi hadiahnya cuma beberapa ratus ringgit. Kali ini apabila dimaklumkan saya pemenang RM1 juta, saya sangka ia penipuan dalam talian sehingga dihubungi pegawai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: