Menerusi video yang dimuat naik oleh @avraaaaa0901, kelihatan sedang berlangsungnya aktiviti senamrobik di sebuah sekolah yang tidak dikenal pasti.
Seorang guru dilihat mengetuai aktiviti tersebut. Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila senaman yang diajarkan oleh guru tersebut merupakan step tarian di TikTok.
Lebih menarik, murid-murid di situ juga nampak sangat enjoy ikut menari tarian yang diajarkan oleh guru mereka itu. Difahamkan, guru tersebut membuat senamrobik versi menari TikTok kerana bersempena sambutan Hari Guru.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
