Pulau Pinang bakal menyaksikan penjualan durian yang lebih sedikit pada musim ini berbanding tahun lalu dengan situasi yang dijangka akan mendorong kenaikan harga.
Keadaan tersebut disahkan oleh pemilik ladang durian tempatan menurut sumber laporan Yahoo News.
Baca Juga:
Eric Yeap dari Ladang Durian 8321, Georgetown berkata keadaan cuaca yang tidak menentu dan hujan baru-baru ini menyebabkan pokok durian berbuah lebih sedikit.
Musim Durian Di Pulau Pinang Lewat
“Musim durian juga bermula lewat pada tahun ini. Biasanya ia bermula sekitar akhir April, tetapi kami baru saja menerima hasil awal sekarang.”
Tambah beliau, hasil durian pada tahun ini dijangka berkurang sebanyak kira-kira 30 peratus berbanding tahun lalu.
“Disebabkan jumlah yang berkurang, harga mungkin naik sedikit, tapi ia tidak akan melambung tinggi,” tambah Eric lagi.
Mengusahakan tujuh ladang durian di Pulau Pinang, Yeap berkata ladangnya mampu menghasilkan kira-kira satu tan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: