Pelakon Mustaqim Bahadon mencuri perhatian warganet apabila berkongsi satu hantaran berkaitan tema atau trend warna yang sedang hangat diperkatakan ketika ini iaitu ‘Strawberry Matcha’.
Artikel Berkaitan: Nad Zainal Utamakan Keperluan Anak-Anak, Beli Baju Raya Harga Bawah RM100
Artikel Berkaitan: Izara Aishah Tak Kisah Pakai Baju Raya Tahun Lepas – ‘Saya Terlalu Sibuk Bekerja’
Pakai satu warna lebih menarik

Menerusi hantaran di Threads, Mustaqim, 41, secara berseloroh memberi pandangan agar para isteri mempertimbangkan semula pilihan warna pakaian sekiranya bercadang menggayakan busana bertema tersebut bersama suami.
Kepada isteri-isteri yang memiliki suami tak berapa nak cerah kulitnya, tolonglah fikirkan balik nak suruh suami awak yang kulit gerhana pakai baju ‘strawberry matcha’.
Dah macam perarakan hari merdeka tadika kemas.
Kalau nak sama sedondon, pakai satu warna sahaja.
Jangan nak ‘strawberyy matcha’ sangat.
Sumber: Threads
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: