GEORGE TOWN – Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (BNM MAG) mengambil pendekatan mendedahkan kepada orang ramai cara mengenal pasti teknik penipuan kewangan bagi mengelak menjadi mangsa sindiket terbabit.
Pengarahnya, Noreen Zulkepli berkata, pendidikan mengenai kewangan itu akan disampaikan pada sambutan Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024 yang berlangsung di Dewan Sri Pinang, di sini hingga 22 Mei ini.
Menurutnya, pihak BNM MAG amat teruja untuk berkongsi ilmu mengenai perihal kewangan kepada pengunjung bertempat di reruai pameran yang terletak di pekarangan lokasi berkenaan.
“Reruai ini menyingkap dunia kewangan menarik, iaitu pemahaman tentang wang dan kewangan yang mampu memberi impak ajaib dalam hidup.
“Seperti mana seorang ahli silap mata yang menakjubkan kita dengan persembahannya, kehadiran kami adalah untuk mendidik tentang bagaimana penguasaan pengurusan kewangan boleh mengubah kehidupan anda menjadi lebih baik.
“Selain itu, pengunjung juga akan menyelami…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: