Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

MyAirline perkenal Menu Ramadan – Kosmo Digital

today2 March 2023

Background


SUBANG JAYA – Syarikat pe­nerbangan kos rendah, MyAirline bakal memperkenalkan Menu Ramadan tidak lama lagi, bersempena ketibaan bulan puasa pada minggu keempat bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rayner Teo berkata, hidangan itu disasarkan untuk tujuan berbuka puasa dalam pesawat atau boleh dibawa pulang untuk berbuka di destinasi.

“Harganya masih belum ditentukan, tetapi ia adalah hidangan tradisi berserta minuman yang amat sesuai untuk berbuka puasa.

“Ia boleh dibeli oleh semua penumpang yang menggunakan khidmat penerbangan kami,” katanya kepada pemberita dalam sesi temu bual yang diadakan di ibu pejabat MyAirline di sini, baru-baru ini.

Kru kabin MyAirline mengenakan uniform yang dianggap ramai sebagai lebih sopan berbanding syarikat penerbangan yang lain.

Menurut Rayner, soal halal amat dititikberatkan oleh syarikat dan semua hidangan yang ditawarkan dalam penerbangan MyAirline dijamin halal kerana ia disediakan oleh pihak ketiga yang memiliki pensijilan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post