Kecoh sejak beberapa bulan lalu apabila MYAirline Sdn Bhd dilaporkan menggantung servis penerbangan mereka serta merta ekoran terdapat masalah kewangan dalam syarikat.
Terbaharu, syarikat ini seolah menerima sinar baharu apabila dilaporkan terdapat pelabur dari Timur Tengah sudi menandatangani perjanjian jual beli pada akhir Disember 2023 lalu.
Walau bagaimanapun, MYAirline memilih untuk tidak berkongsi lebih lanjut mengenai nama pelabur tersebut serta memaklumkan sedang berusaha untuk menyambung semula operasi menjelang pertengahan tahun ini.

“Tindakan pertama yang diharapkan adalah pembayaran gaji dan bayaran balik kepada penumpang,” menurut sumber itu kepada Bernama.
Memandangkan kini terdapat pelabur baharu, syarikat penerbangan itu dipercayai telah memohon kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) untuk mendapatkan Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) bersyarat, seterusnya Sijil Pengendali Udara (AOC) daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: