Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

MYAirline tidak tamatkan perkhidmatan kakitangannya

today31 October 2023

Background


PETALING JAYA – MYAirline  Sdn. Bhd. (MYAirline) menegaskan bahawa syarikat tidak menamatkan atau mengarahkan mana-mana kakitangannya mengambil cuti tanpa gaji sejak 12 Oktober lalu sehingga sekarang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, pihaknya memahami beban masalah yang dihadapi oleh kakitangannya dan akan memberi jaminan bahawa syarikat sedang melakukan yang terbaik untuk mengatasi isu tersebut.

“Kami berharap semua kakitangan dapat bekerjasama dengan kami dalam tempoh yang sukar kini,” katanya di sini hari ini.

Tambah MYAirline, selain Tabung Ihsan, dana dalaman yang telah ditubuhkan untuk mengutip derma bagi membantu kakitangan syarikat yang terkesan, syarikat juga telah bekerjasama dengan Perkeso untuk membolehkan pekerjanya memohon Skim Insurans Pekerjaan untuk mengurangkan beban masalah yang dihadapi sekarang.

Selain itu, mengenai isu memulangkan wang penumpang, MYAirline telah menerima lebih daripada 30,000 panggilan dan emel daripada kumpulan terjejas.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Kosmo


Previous post