Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

MYExpo Dili kukuhkan kerjasama ekonomi Malaysia – Timor Leste

today12 May 2025

Background


PETALING JAYA – Malaysia dan Timor – Leste terus mengukuhkan kerjasama ekonomi dan hubungan diplomatik menerusi Penganjuran Ekspo Malaysia Dili (MYExpo Dili) 2025.

Acara sulung yang telah diadakan baru-baru ini telah dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Dili bersama My Events International Sdn Bhd itu diadakan bersempena Pengerusi ASEAN Malaysia 2025 dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Menurut kenyataan, MYExpo Dili 2025 menyediakan platform interaktif yang menghimpunkan pemimpin industri, pegawai kerajaan, ahli akademik dan masyarakat umum bagi memupuk inovasi, perdagangan dan kerjasama serantau.

“Majlis tersebut telah dimeriahkan dengan kehadiran lebih 70 delegasi daripada pelbagai sektor termasuk pendidikan, kejuruteraan, penerbangan, penjagaan kesihatan, teknologi maklumat, tekstil dan perundingan.

“Acara turut menampilkan sesi padanan perniagaan, perbincangan meja bulat, persembahan kebudayaan serta jamuan jaringan profesional, bertujuan membuka…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post