Selepas ini orang ramai perlu menggunakan MyDigital ID untuk log masuk ke dalam aplikasi MyJPJ dan MyBayar PDRM.
MyDigital ID akan menjadi satu-satunya kaedah log masuk untuk kedua-dua platform kerajaan tersebut, petik Harian Metro.
Baca Juga:
“MyDigital ID sebagai Log Masuk Tunggal menjanjikan era baharu pengesahan identiti digital yang lebih mudah, selamat dan telus.
“Kami komited untuk memastikan setiap pengguna menikmati kemudahan maksimum dengan tahap keselamatan tertinggi, sambil mempercepatkan transformasi digital negara secara inklusif dan berdaya tahan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID, Nik Hisham Nik Ibrahim.
Aplikasi MyDigital ID juga baru-baru ini menambah sokongan untuk log masuk biometrik, membolehkan pengguna meluluskan akses log masuk menggunakan cap jari setelah fungsi itu diaktifkan.
Aplikasi MyJPJ membolehkan pengguna melihat dan memperbaharui lesen memandu serta cukai jalan, menyemak mata demerit dan status…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: