Seorang lelaki tempatan mendapati kad pengenalannya (MyKad) yang dicuri 12 tahun lalu telah digunakan untuk membuat pinjaman bagi membeli sebuah iPhone 16.
Di dalam hantaran yang tular di Facebook, lelaki yang dikenali sebagai Hafis berkongsi bagaimana berjaya mengetahui MyKadnya telah diklon selepas kejadian pecah rumah pada tahun 2013, di mana pencuri telah melarikan dompet dan telefon bimbitnya.

Tepek gambar sendiri pada MyKad mangsa
Lebih teruk lagi, pencuri didakwa meletakkan gambar sendiri pada MyKad Hafis untuk memalsukan identiti.
Kemudian, suspek telah menggunakan ic klon terbabit bagi tujuan pinjaman iPhone 16 Pro Max 1TB menerusi AEON kredit di sebuah kedai elektronik di Cheras baru-baru ini.
Susulan perkara itu, Hafiz telah membuat dua laporan polis dan satu lagi laporan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Hafis turut berkongsi rakaman CCTV yang menunjukkan suspek mengambil iPhone tersebut selepas…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: