Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

MyKad Serba Baharu Dilengkapi 53 Ciri Keselamatan

today8 May 2026

Background
MyKad Rosak, Susah 'Claim' SARA RM100? Ini Cara Ganti Di JPN, Boleh Siap 30 Minit


MyKad baharu yang dijangka mula diperkenalkan bulan depan akan dilengkapi dengan 53 ciri keselamatan berbanding 23 ciri pada MyKad sedia ada, petik BERNAMA.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Badrul Hisham Alias berkata antara ciri keselamatan baharu yang diperkenalkan ialah turihan laser, ultraungu, hologram, guilloche, teks mikro, kod respons pantas (QR) bagi tujuan penguatkuasaan dan cip dengan tahap enkripsi yang dipertingkatkan.

“Yang pastinya ia mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih baik daripada apa yang ada sekarang.

“Pelancaran akan diumumkan oleh Kementerian Dalam Negeri apabila tiba masanya dan di peringkat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), kita telah bersedia untuk tujuan tersebut,” katanya kepada media selepas Majlis Temu Mesra Pengurusan JPN Bersama Media baru-baru ini.

Beliau berkata pelaksanaan MyKad baharu itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasakan keselamatan identiti rakyat selaras dengan perkembangan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post