PETALING JAYA – Dimensi perniagaan berasaskan agro semakin progresif, yang mana permintaan terhadap produk agro tanah air semakin mendapat sambutan dari dalam dan luar negara, disokong revolusi teknologi dan digitalisasi.
Kini, lebih ramai usahawan agro tampil berani menceburi bidang pendigitalan bagi meningkatkan hasil serta produktiviti perniagaan agro mereka dan kerajaan, melalui Belanjawan Madani 2023 memperuntukkan dana serta pelbagai inisiatif untuk pemerkasaan pendigitalan perniagaan.
MYNIC dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) serta agensi-agensi di bawahnya telah melatih hampir 100 usahawan agro, antaranya menerusi Program Realisasi Impian Digital (PRIME) untuk meningkatkan pemahaman serta penyertaan mereka ke saluran digital.
Ketua Pegawai Eksekutif MYNIC Berhad, Datuk Hasnul Fadhly Hasan berkata, sektor agro merupakan salah satu tunjang kepada negara dan menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada usahawan mikro, kecil dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
