PETALING JAYA – Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan Kadar Semalaman Malaysia (MYOR) sebagai kadar rujukan alternatif (ARR) yang baharu bagi Malaysia.
Pada peringkat global, ARR diperkenalkan untuk meningkatkan integriti kadar penanda aras kewangan sebagai sebahagian daripada peralihan kepada kadar berasaskan transaksi, sejajar dengan pembaharuan Kadar Tawaran Antara Bank London (LIBOR) selepas krisis kewangan global.
Menurut bank pusat, pengenalan ARR bertujuan untuk memudahkan penggunaan kadar penanda aras agar lebih mantap dan berdasarkan transaksi dalam pasaran kewangan yang cair dan aktif.
Jelasnya, MYOR akan beroperasi selari dengan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur ( KLIBOR) sedia ada, dengan tinjauan berkala untuk memastikan bahawa kadar penanda aras kewangan tetap mantap dan mencerminkan pasaran asas yang aktif.
Pendekatan berbilang kadar (multiplerate approach) ini disokong oleh Lembaga Kestabilan Kewangan (FSB) dan diterima pakai oleh banyak…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
