Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

MyPay mudahkan bayaran zakat – Kosmo Digital

today3 December 2021

Background


PETALING JAYA – Pertama Digital Berhad (Pertama Digital) telah menjalin kerjasama strategik dengan Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) untuk memproses bayaran zakat tanpa tunai melalui MyPay, aplikasi yang dibangunkan oleh Kumpulan untuk perkhidmatan kerajaan.

MyPay dikendalikan oleh DAPAT Vista (M) Sdn. Bhd. (Dapat), anak syarikat Pertama Digital.
Pengarah Strategi Pertama Digital, Saify Akhtar berkata, pandemik Covid-19 telah mempercepatkan permintaan untuk perkhidmatan digital kerajaan, termasuk bayaran zakat tanpa tunai.

“Ciri sumbangan zakat MyPay sudah dilancarkan dan telah di­siarkan secara langsung dalam aplikasi bersesuaian agar ia sei­ring dengan musim kemuncak sumbangan zakat pada bulan Disember,” katanya dalam ­kenyataan.

Selain itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berbangga dapat bekerjasama rapat dengan organisasi sektor swasta selaras dengan model perkongsian antara rakyat, swasta, awam…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post