Site icon Kool FM

mySalam dekati pelajar IPT dengan BijakWang Challenge


SKIM perlindungan kesihatan sosial, mySalam memperkasa pengetahuan pengurusan kewangan dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan menerusi penganjuran BijakWang Challenge.

Ketua Perniagaan Takaful Korporat dan Kumpulan B40 Great Eastern Takaful, Syuhaib Ithnin berkata, pertandingan berbentuk permainan interaktif siri pertama pada tahun ini tersebut bertujuan membantu melahirkan generasi muda yang lebih celik kewangan

“Cabaran kewangan pada masa ini semakin kompleks namun pendidikan perancangan kewangan masih belum diajar secara meluas di IPT. mySalam mengambil pendekatan membantu generasi muda celik kewangan secara interaktif, menyeronokkan dan mudah difahami,” katanya.

Pertandingan anjuran mySalam yang diuruskan oleh Great Eastern Takaful Berhad dengan kerjasama Financial Education Network itu diadakan sempena Karnival Celik Kewangan Terengganu di Mayang Mall, semalam.

Syuhaib berkata, mySalam berhasrat untuk menganjurkan BijakWang Challenge…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version