Site icon Kool FM

Myvi Dirakam Hilang Kawalan Sebelum ‘Terbang’


Pada hari semalam tular satu klip video sebuah Perodua Myvi ‘terbang’ selepas pemandunya gagal mengawal kenderaan di selekoh jalan.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintenden Kamaruddin Ambo Sakka mengesahkan video tular yang memaparkan sebuah kenderaan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik dalam kejadian kemalangan di Kilometer 37 Jalan Kimanis-Keningau pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Menurut laporan Sinar Harian, kenderaan tersebut dalam perjalanan dari Keningau menuju ke Kota Kinabalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, pemandu kenderaan jenis Perodua Myvi yang berusia 17 tahun bersama penumpang selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Pemandu dan penumpang mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Papar,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version