
KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera (PKAT) kini memasuki fasa baharu menerusi pelaksanaan rekod perubatan digital bersepadu dan aplikasi mudah alih MyZULU Health.
Transformasi berkenaan bertujuan mempercepat serta memudahkan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada anggota ATM dan keluarga.
Aplikasi yang dibangunkan syarikat teknologi pertahanan tempatan, Mindmatics Sdn. Bhd. (Mindmatic), membolehkan pengguna mengurus janji temu, memantau petunjuk kesihatan dan melengkapkan borang secara digital.
Pengurus Projek Kanan Mindmatics, Azman Ahmad berkata, aplikasi berkenaan boleh dimuat turun melalui Google Play dan App Store.
Menurutnya, Mindmatics turut melaksanakan Fasa 2 Centralised Medical Repository System (CENTROMERES) bagi menyediakan Sistem Maklumat Kesihatan (HIS) di lima hospital tentera seluruh negara.
Ia melibatkan Hospital Tuanku Mizan Kuala Lumpur, Hospital Angkatan Tentera (HAT) Ke-94 Terendak, HAT Ke-96 Lumut, HAT Wilayah Kota Kinabalu dan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: