Menerusi video di akaun TikTok @aididitmyway, Nabil dilihat berkongsi pengalamannya itu ketika ditemu bual dalam sebuah podcast.
Menurut Nabil, dia dan dua lagi rakan penyampai radio iaitu Azad Jasmin dan Radin mendapat surat tersebut sebaik sahaja mereka memberi keterangan di Balai Polis Bukit Aman.
Sebaik sahaja membaca surat tersebut dia terus ke masjid dan mula menangis. Malah, dia mula memikirkan tentang kerjaya yang dibina.
“Selepas saya baca surat itu, saya terus ke Masjid Bandar Utama dan menangis.
“Ketika ini saya terfikir, sudah habiskah? Adakah ini penghujung (kerjaya), apa yang harus saya jual ketika ini?” katanya.
Situasi tersebut telah memberi impak kepada emosinya ditambah pula perlu mencari nafkah untuk keluarga.
“Saya tidak pernah tak kerja, selalunya akan dapat cuti atau mohon cuti sendiri.
“Namun, kali ini berbeza kerana saya direhatkan dalam keadaan sedang bekerja dan memerlukan pekerjaan itu.
“Anak-anak juga sedang membesar, dapat surat macam itu memang…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: