Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Nadiem Makarim Dituntut Penjara 18 Tahun

today14 May 2026

Background
Daripada Ikon Gojek Ke Tirai Besi: Nadiem Makarim Dituntut Penjara 18 Tahun


Bekas Menteri Pendidikan Indonesia yang juga merupakan pengasas bersama syarikat e-panggilan Gojek, Nadiem Makarim, kini berdepan dengan tuntutan hukuman penjara selama 18 tahun atas dakwaan penglibatannya dalam satu kes rasuah berskala besar.

Sekiranya diluluskan oleh pihak mahkamah, hukuman ini bakal melakar sejarah sebagai salah satu hukuman paling berat yang pernah dijatuhkan ke atas seorang bekas menteri di Indonesia dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Latar Belakang Kes Perolehan Chromebook

Kes ini berpunca daripada dakwaan penyelewengan dalam urusan pembelian komputer riba yang tidak mengikut spesifikasi dan peraturan yang ditetapkan semasa era pandemik.

Pihak pendakwa raya mendakwa bahawa Nadiem telah menyalahgunakan kedudukannya untuk memperkayakan diri sendiri sebanyak kira-kira 809 bilion rupiah, yang bersamaan dengan nilai sekitar RM230 juta.

Penyelewengan ini didakwa dilakukan melalui projek perolehan komputer riba Chromebook…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post