Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

Nafas meterai MoU RM100 juta di Dubai

today1 March 2022

Background


PETALING JAYA – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bernilai RM100 juta bersama ARJ Holding L.L.C. yang berpangkalan di Dubai.

Pemeteraian MOU tersebut adalah untuk kerjasama dalam perniagaan ternakan ruminan, perdagangan minyak masak dan pembuatan selulos daripada bahan biojisim.

Ahli Jemaah Pengarah Nafas, Datuk Sylvester Entri Muran berkata, kerjasama itu menandakan titik permulaan peluang perniagaan secara besar-besaran melalui teknologi bagi memacu pertanian lestari antara kedua-dua negara.

“Nafas percaya kerjasama sebegini akan digunakan untuk faedah bersama dan menyumbang kepada penambahbaikan aktiviti yang dipersetujui.

“Kami dan ARJ Holding akan menyediakan pengaturan terperinci dalam mengenal pasti tanggungjawab masing-masing untuk melaksanakan perjanjian yang terdiri daripada perbincangan, perancangan strategi pelaburan dan pelaksanaan aktiviti pelaburan,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru-baru…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post