Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini
Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain mahu fokus membantu pasukannya melangkah lebih jauh dalam saingan TM Piala Malaysia 2022 walaupun khabar angin mengenai pemergiannya ke pasukan lain menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.
Artikel Berkaitan:
Walaupun Ahli Lembaga Pengarah TFC menawarkan kontrak lanjutan selama setahun berdasarkan prestasinya membawa TFC beraksi di Piala AFC 2023 selaku naib juara Liga Super 2022 namun beliau masih belum buat keputusan untuk menandatanganinya.
“Buat masa sekarang saya mahu fokus kepada saingan Piala Malaysia dalam misi membantu TFC melangkah lebih jauh sehingga pentas final,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.
“Terima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd dan pihak pengurusan TFC Sdn Bhd kerana masih memberi kepercayaan kepada saya untuk membimbing pasukan TFC musim depan, saya begitu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: