PETALING JAYA – Langkah untuk meningkatkan had statutori hutang negara melebihi paras semasa sepatutnya menjadi langkah terakhir kerajaan meskipun terdapat keperluan memastikan ruang fiskal adalah mencukupi dalam berdepan krisis pandemik.
Pensyarah Kanan Putra Business School, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ini kerana 15 peratus daripada hasil tahunan negara kini telah digunakan untuk membayar hutang dan sebarang penambahan berisiko menjejaskan pembangunan negara pada masa depan.
“Fokus kerajaan sepatutnya ialah memantau perbelanjaan, kenapa ia makin meningkat dan sama ada berlaku ketirisan. Baru-baru ini kita dikejutkan dengan penahanan seorang Datuk berhubung sindiket kartel penipuan projek kerajaan, adakah ini punca perbelanjaan negara meningkat?
“Sebagai contoh sekiranya orang awam berjumpa Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) kerana masalah kewangan, perkara utama yang mereka cadangkan ialah potong perbelanjaan sebab agak sukar untuk…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: