Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Naikkan Gaji Minimum RM1,200 Kepada RM1,500 Sebulan, Inisiatif AEON Ini Raih Pujian Ramai

today16 February 2022

Background


Menurut laporan, rangkaian pasar raya terkemuka itu meningkatkan gaji minimum pekerja kepada RM1,500 sebulan berbanding RM1,200 sebelum ini, berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Jelas Pengarah Komunikasi Korporat AEON Malaysia, Dr Kasuma Satria Mat Jadi, kenaikan gaji minimum itu membabitkan pekerja gred G dan ia merupakan gaji asas tidak termasuk elaun dan insentif lain.

“Kita bersyukur dapat melaksanakan gaji minimum baharu ini kepada pekerja gred G.

“Ia selari dengan inisiatif lestari Aeon Sayap Bagimu yang menyasarkan untuk menyediakan peluang, dorongan serta sokongan kepada pihak berkepentingan terutama mereka yang memerlukan,” katanya.

Ujarnya, keputusan itu dibuat mengambil kira kepentingan serta kebajikan pekerja selain mendukung saranan kerajaan.

Selain itu, inisiatif AEON dalam melaksanakan kenaikan gaji minimum itu juga adalah selaras dengan usaha memperjuangkan Matlamat Pembangunan Kelestarian Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG 8) untuk menyediakan pekerjaan…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Akmal Redzwan


Previous post