Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Nakal Sangat, Mommy Pulak Garang” – Rita Rudaini “Berleterkan” Kucing Buat Ramai Terhibur

today24 June 2021

Background

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, ramai yang mula ada hobi baru di rumah. Buat ibu-ibu mungkin menanam tanaman yang selalu digunakan sebagai bahan masakan merupakan sesuatu yang seronok untuk dilakukan. Bukan sahaja aktiviti berkebun itu dapat mengisi masa terluang mereka tetapi juga hasil tanaman tersebut boleh digunakan dalam masakan, lagi tambah keseronokkan lah macam ni.

Baca juga: Kisah Seorang Doktor Tukar Kerjaya Sebagai Pereka Kek Menjadi Inspirasi

Pelakon, Rita Rudaini mula berjinak-jinak berkebun dengan menanam pokok serai dan beberapa lagi tanaman lain. Dia sebelum ini ada berkongsikan hobinya itu di laman sosial dan selalu beritahu perkembangan tentang tanamannya. Melalui perkongsian Rita terdahulu, memang nampak Rita bersungguh dan sayangkan tanamannya itu. Malah. dia tak sabar-sabar untuk mengutip hasilnya.

Terbaru, Rita berkongsikan satu video yang menunjukkan gelagat kucingnya. Kucingnya itu difahamkan suka “bermain” dan makan pokok serai yang ditanamnya. Rita pun apa lagi “naik hantu” lah bila nampak insiden itu. Kata, Rita dia sudah pun belikan “pokok gandum” iaitu pokok hiasan yang diletakkan di dalam rumah. Selalunya kucing suka bermain dengan pokok ini tapi kucing Rita ni nak juga bermain dengan pokok di luar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

Apa yang lebih menggelikan hati, pandai pula dia bila nampak orang lalu-lalang terus melompat ke grill yang terdekat. Cara untuk lari lah tu dan “tutup” kesalahan. Namun, dah lompat tak pandai pula nak turun sendiri. Macam-macam kerenah lah si bulu ni.

Rita yang menggelarkan dirinya Mommy dilihat “berleter” tak henti kepada kucingnya itu. Kata Rita melalui kapsyennya, ini bukan pertama kali si bulu ini buat perangai begini tetapi ini dah kali kedua dia melompat dan tak tahu nak turun hari ini. Semuanya gara-gara nakal sangat nak makan pokok serai di luar. Manakala dua ekor lagi kucing Rita yang difahamkan anak kepada si nakal tadi hanya melihat sahaja ayah mereka.

Terhibur betul tengok situasi ini. Bagi sesiapa yang ada kucing di rumah pasti hal ini cukup dekat dengan anda. Kucing memang banyak betul perangainya kan. Meninjau ke ruangan balas, ramai yang ketawa dan geram melihat aksi si bulu ini. Ada juga yang kata padan muka kena marah dengan Mommy kerana nakal.

Alahai, nasib baik lah Mommy sayang. Jangan makan pokok serai Mommy lagi tau. Apa pun, kita doakan agar Rita Rudaini sekeluarga diberikan kesihatan yang baik.

Baca juga: “Nasib Baik Tak Bersalin Awal” –  Wanita Terkejut Ular Sawa Muncul Di Side Mirror, Ramai Seriau Lihat Video Dikongsikan

Sumber: Rita Rudaini

Written by: Danisyah Dalily