Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.
Nusantara telah diambil sebagai nama baharu ibu kota Indonesia yang terletak di Kalimantan Timur. Kata Menteri Perancangan Pembangunan Nasional Suharso Monoarfa, nama baharu itu telah dipilih oleh Presiden Joko Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi pada Jumaat yang lalu dan disahkan semasa mesyuarat jawatankuasa kerja bagi rang undang-undang ibu kota baharu di Parlimen.
Memetik laporan New Straits Times, ibu kota baharu itu merupakan salah satu projek pembangunan infrastruktur yang menjadi keutamaan Jokowi bagi menjadikan Indonesia kuasa besar Asia yang akan membuka potensi ekonomi, menggalakkan pertumbuhan, mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di Indonesia.
Suharso berkata, alasan di sebalik pemilihan nama Nusantara sebagai nama ibu kota baharu di Kalimantan Timur kerana ayat tersebut sudah dikenal sejak lama dan ikonik di peringkat antarabangsa. “Alasannya adalah…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: