Para peniaga kini sudah mengadaptasi urusan transaksi secara cashless menerusi kod QR. Bagaimanapun, penipu tidak pernah penat untuk cuba mencipta pelbagai helah seperti resit palsu dalam menipu mangsa di luar sana.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang memperlihatkan kehadiran sebuah aplikasi yang boleh memperdaya penjual di mana seolah-olah sudah membuat pembayaran.
Dengan aplikasi ini, seseorang boleh menjana resit palsu yang lalu boleh digunakan dalam penipuan pembayaran terhadap sesebuah kedai atau peniaga.
Suspek hanya perlu memasukkan nama akaun dan jumlah bayaran kemudian paparan resit ‘jadian’ bakal dipaparkan serta-merta.
Akibatnya, peniaga yang tidak cakna atau menyedari muslihat ini bakal berdepan kerugian wang yang besar.
Ee jahatnya sape yg buat apps ni! Sebab tu lah pentingnya kena check dulu duit masuk tak dlm account 🥹
Peniaga2 dekat luar sana kena alert tau. pic.twitter.com/yS0lSM2di6
— uәәɯ ❤︎࿐…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
