Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

NASA Kongsi Rupa Bentuk Malaysia, Negara Asean Dari Angkasa

today6 September 2025

Background
Malaysia


Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) baru-baru ini berkongsi gambar yang menunjukkan Malaysia dan negara Asean lain dari angkasa.

Gambar tersebut dimuat naik oleh kedutaan Amerika Syarikat di negara ini sekaligus mendapat perhatian dari netizen.

Baca Juga:

Rupa Malaysia Dari Angkasa

“Pemandangan yang menakjubkan dari 257 batu di atas Asia Tenggara!

“Seorang angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa merakam pemandangan awal pagi pada jam 12:42 pagi dengan lampu Kuala Lumpur dan Singapura bersinar terang di Semenanjung Tanah Melayu.

Malaysia
Sumber Gambar: NASA

“Anda juga boleh melihat bot nelayan yang bertaburan di seluruh Teluk Thailand dan Laut China Selatan, bersama-sama dengan lampu bandar dari Bangkok, Phnom Penh dan Bandar Ho Chi Minh,” tulis kedutaan Amerika Syarikat.

Netizen nyata teruja dengan gambar tersebut dimana mereka kagum dengan keindahan negara ini dari angkasa.




Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Dito


Previous post