Baru-baru ini, pasukan Advanced Air Mobility (AAM) NASA telah melakukan ujian penerbangan pembangunan dengan sebuah syarikat teksi udara, Joby Aviation di fasilitinya pada 10 September lalu.
Ini merupakan kali pertama NASA menguji pesawat eVTOL yang menjadi sebahagian daripada Kempen Nasional untuk meningkatkan keyakinan orang ramai dan mempercepatkan pasaran penerbangan pengangkutan penumpang dan kargo di kawasan bandar, pinggir bandar, luar bandar dan wilayah.
Ketika ujian tersebut dibuat, NASA telah mengumpulkan maklumat bagaimana kenderaan tersebut bergerak, berbunyi dan cara ia berkomunikasi dengan pengawal (controller).
Pasukan AAM menggunakan kemudahan akustik mudah alih dan membina lebih daripada 50 mikrofon untuk mengukur profil bunyi pesawat Joby (dikuasakan 6 motor elektrik) dalam fasa penerbangan yang berbeza.
Dalam masa yang sama, NASA juga mengumpulkan prestasi kenderaan dan data akustik untuk digunakan dalam pemodelan dan simulasi konsep ruang udara masa…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: