Nasir Search meminta pihak yang memfitnah mereka kononnya Search mengabaikan keluarga arwah Yazit, untuk menghentikan perkara tersebut.
Nasir akui sangat kecewa dan marah dengan komen yang dilemparkan kepada netizen ke atas mereka.
Menurut Nasir, Search sama sekali tidak pernah mengabaikan waris kepada arwah Yazit. Search sentiasa memberikan hak berbentuk royalti kepada keluar arwah.
Lantas Nasir mahu tahu siapakah pihak yang pandai pandai buat cerita tentang Search abaikan keluarga Yazit.
Nasir mahu mereka yang membuat cerita tidak betul ini untuk tidak campur tangan urusan Search dan jangan cuba mengapi apikan keadaan.
Bercakap kepada Mstar Online, Nasir menegaskan: “Isu ini sangat peribadi orang luar tak perlu sentuh atau campur tangan, kami tak pernah abaikan hak arwah Yazit dan kami pastikan setiap royalti dapat akan dimasukkan sekali keluarga arwah.
“Siapa yang pandai-pandai buat cerita ni, jangan sibuk hal Search, jaga keluarga sendiri…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: