PETALING JAYA – Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB), Tan Sri Nazir Razak akan bersara ekoran perkhidmatannya selama dua tahun di bank tersebut tamat pada 22 April ini.
Nazir merakamkan ucapan terima kasihnya kepada kerajaan kerana diberi peluang untuk berkhidmat di bank tersebut selama dua tahun.
“Dalam tempoh ini, kami berjaya menyelesaikan penggabungan dengan Danajamin, memperkukuhkan pasukan pengurusan kami, memperbaiki operasi dan keseluruhan tadbir urus, yang mana hasilnya kini kumpulan BPMB yang lebih kukuh dan bersepadu.
“Kami juga telah melancarkan Agenda 2025 (rancangan transformasi 3 tahun kami) dan juga rangka kerja MIND (Measuring Impact on National Development), suatu kaedah objektif untuk menilai pinjaman dan pelaburan kami,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Nazir yang sebelum ini merupakan ketua pegawai eksekutif dan kemudiannya pengerusi CIMB Group, menyertai BPMB pada tahun 2021 dengan matlamat untuk menyelia…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: