Kool FM

Nazmi Faiz Tinggalkan JDT


Pemain bola sepak, Nazmi Faiz Mansor menutup lembaran indah pasukan bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas hampir sedekad menabur bakti dengan mengumumkan perpisahannya dengan kelab gergasi tanah air itu.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Pemain Pasukan JDT, Feroz Baharudin Selamat Bernikah Pada Usia 23 Tahun

‘Terima kasih JDT’

Selepas sembilan tahun enam bulan menyarung jersi Harimau Selatan, Nazmi mengakui bukan mudah untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan yang disifatkannya sebagai rumah kedua.

Menurut pemain berusia 31 tahun itu, JDT bukan sekadar tempat dia mengembangkan karier bola sepak, malah menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup yang akan sentiasa terpahat dalam ingatannya.

Sukar untuk saya ungkapkan dengan kata-kata perjalanan selama sembilan tahun enam bulan ini. Johor bukan sekadar tempat saya bermain bola sepak, malah telah menjadi rumah kedua buat saya.

Apa yang mampu saya ucapkan hanyalah, terima kasih JDT. Menjunjung kasih kepada Tunku Mahkota…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version