KUALA LUMPUR – Malaysian Bioeconomy Development Corporation (Bioeconomy Corporation) menyasarkan pelaburan baharu bernilai RM1.32 bilion pada Pameran dan Persidangan Bioekonomi Kebangsaan (Nbioshowcase) 2024 yang bakal berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 17 dan 18 Julai ini.
Agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu turut menyasarkan jumlah sumbangan pendapatan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bernilai RM2 bilion oleh industri bioteknologi dan berasaskan bio tahun untuk tahun 2024.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, sasaran pelaburan dan pendapatan itu mampu dicapai berdasarkan perkembangan serta kerjasama signifikan yang disaksikan dalam sektor kesihatan, perindustrian dan pertanian berasaskan bioteknologi di Malaysia setakat ini.
“Dari Januari hingga Mei 2024, syarikat-syarikat bioteknologi dan berasaskan bio di Malaysia telah merekodkan sejumlah RM838 juta pelaburan baru dan pendapatan RM1.5…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
