PETALING JAYA- NCT Alliance Berhad (NCT Alliance) telah menyumbang RM3,000 untuk menyokong kerja berterusan Rumah Kanak-kanak House of Joy dan turut menganjurkan aktiviti bermain badminton untuk meninggalkan pengalaman menarik bagi kanak-kanak di situ.
Lebih menceriakan kanak-kanak di rumah kebajian itu juga adalah penampilan Duta NCT Alliance dan pemain beregu lelaki badminton negara, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun bagi menawarkan peluang kepada peserta muda bergaul dan belajar daripada atlet terkenal itu dalam suasana santai.
Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini telah menghimpunkan 30 peserta, termasuk kanak-kanak berumur 12 hingga 17 tahun daripada kakitangan House of Joy dan NCT Alliance.
Ketua Pegawai Operasi NCT Alliance, Chau Chun Hoo berkata, acara ini mencerminkan komitmen syarikat untuk mendidik kehidupan yang aktif dan bergaya hidup sihat terutamanya dalam golongan muda.

“Saya amat gembira dapat melihat kegirangan kanak-kanak ini yang dapat meluangkan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: