HULU SELANGOR – Pemaju hartanah, NCT Group of Companies bakal membangunkan projek perumahan terbengkalai di Lembah Genting, Batang Kali dengan nilai pembangunan kasar bernilai RM570 juta.
Projek Ion Belian Garden bakal menjadi pembangunan terbesar di utara Selangor yang berkonsepkan persekitaran semula jadi di tapak berkeluasan 42 hektar.
Pengarah Urusan NCT Group, Datuk Seri Yap Ngan Choy berkata, projek terdahulu yang melibatkan 665 banglo itu terbengkalai hampir 17 tahun dengan lebih 200 pembeli menjadi mangsa.
Menurut beliau, syarikat diamanahkan untuk membangunkan semula projek itu berikutan rekod dan prestasi syarikat dalam segmen pemulihan selain pengalaman dalam hartanah.
“Ion Belian Garden merupakan projek gajah putih berskala besar yang ketiga bagi NCT Group selepas Bandar Baru Salak Tinggi dan Billion Court, Genting Highlands, Pahang.
“Projek tersebut boleh diakses secara strategik dengan destinasi pelancongan seperti Genting Premium Outlet dan Genting…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: