PETALING JAYA – Kumpulan Syarikat NCT meraikan mercu jaya berganda hari ini, melibatkan pelancaran program Sukuk Wakalah RM1 bilion dan pecah tanah Fasa 2 projek utamanya, iaitu Taman Perindustrian Pintar NCT (NSIP) di Wilayah Pembangunan Bersepadu Selangor Selatan (IDRISS).
Penampilan sulung Kumpulan dalam pasaran modal hutang Malaysia itu menyaksikan penglibatan Maybank sebagai pelanggan terbitan pertama sukuk tanpa pernarafan bernilai sehingga RM390 juta.
Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Yap Ngan Choy berkata, pihaknya sukacita untuk bekerjasama dengan Maybank sebagai rakan kerjasama dalam program Sukuk Wakalah, inisiatif penting yang mengukuhkan kedudukan kewangannya.
“Program sukuk ini akan memberi kami tahap fleksibiliti lebih tinggi untuk meneroka peluang baharu, mendorong kami untuk mencapai fasa pertumbuhan seterusnya, sambil terus menjana nilai mampan bagi pihak-pihak berkepentingan,” katanya dalam kenyataan sempena majlis…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: