Pelakon Neera Azizi meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pihak, khususnya golongan wanita yang gemar mempersoalkan keputusan ibu hamil untuk tidak berpuasa di bulan Ramadan.
Artikel Berkaitan: Neera Azizi Terkilan Wanita Bersalin Czer Dipandang Rendah, Dianggap Tak Layak Jadi Ibu – ‘Masih Ada Lagi Pemikiran Macam Ni?’
Artikel Berkaitan: Neera Azizi Bunting Pelamin, Umum Hamil Anak Pertama
Ibu hamil tak berpuasa

Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, Neera atau nama lengkapnya Nurazneera Azizi, 28, mendedahkan bahawa dia sendiri merupakan salah seorang ibu hamil yang terpaksa memilih untuk tidak berpuasa atas faktor kesihatan dan keselamatan bayinya.
Menurut Neera, keputusan tersebut diambil selepas dia menyedari perubahan pada pergerakan kandungannya ketika cuba menunaikan ibadah puasa sebelum ini.
Ya saya pun dalam golongan tak puasa sebab hari tu dua hari puasa, dua hari tu juga lah baby tak gerak-gerak.
Sampai doktor sendiri minta untuk jangan puasa, demi kesihatan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: