
Dua penumpang warganegara Malaysia meluahkan rasa kecewa susulan masalah sistem bagasi yang berlaku di Terminal 5 Lapangan Terbang Heathrow, London.
Insiden tersebut telah memaksa mereka mengeluarkan perbelanjaan tambahan bagi membeli keperluan asas dan pakaian sementara menunggu bagasi mereka dikembalikan, petik Free Malaysia Today.
Presiden Dystrophic Epidermolysis Bullosa Research Association Malaysia, Saida Abu Bakar, tiba di hotelnya di Geneva pada sekitar waktu tengah malam Jumaat tanpa bagasinya.
Beliau yang dalam perjalanan ke Switzerland melalui London bagi menghadiri Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA), hanya membawa beberapa kelengkapan dandanan diri bersamanya.
Terpaksa Keluar Duit Sendiri
Menurut Saida, beliau terpaksa membeli pakaian asas serta barangan peribadi dan telah berbelanja sekitar RM1,500 setakat ini.
Beliau yang akan membuat pembentangan di WHA menjangkakan perbelanjaan tersebut akan terus meningkat kerana perlu menyediakan…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: