Penyokong pasukan dari Negara Haram itu tidak dibenarkan hadir ke perlawanan Liga Europa antara kedua-dua pasukan pada 6 November atas sebab keselamatan, menurut badan yang bertanggungjawab mengeluarkan sijil keselamatan bagi perlawanan bola sepak pada Khamis.
Perdana Menteri Britain, Sir Keir Starmer mengkritik keputusan itu, sambil berkata “kita tidak akan bertolak ansur dengan antisemitisme di jalanan kita” dan menegaskan sudah menjadi tanggungjawab polis untuk “memastikan semua peminat bola sepak dapat menikmati perlawanan tanpa rasa takut terhadap keganasan atau ugutan.”
Ketua Parti Konservatif, Kemi Badenoch, menyifatkan keputusan itu sebagai “aib negara” dan menggesa Sir Keir mengambil tindakan untuk membatalkannya.
Beliau menulis di X bahawa Starmer sepatutnya “menjamin bahawa peminat Yah*di boleh berjalan ke mana-mana stadium bola sepak di negara ini.”
“Jika tidak, ia menghantar mesej yang mengerikan dan memalukan: ada…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: