
Iran tidak akan menyertai Piala Dunia FIFA selepas Amerika Syarikat membunuh Pemimpin Tertinggi mereka, Ayatollah Ali Khamenei, kata Menteri Sukan negara itu, Ahmad Donyamali.
Kenyataan Ahmad Donyamali itu dibuat sehari selepas Infantino menyatakan bahawa Donald Trump memberikan jaminan bahawa pasukan bola sepak Iran dibenarkan masuk ke AS untuk bertanding di Piala Dunia.
Namun Iran sudah membuat keputusan bahawa mereka tidak akan menjejakkan kaki ke Piala Dunia yang dianjurkan negara yang menyerang mereka dan mengorbankan pemimpin tertinggi mereka.
“Dengan mengambil kira bahawa rejim korup ini (AS) telah membunuh pemimpin kami, dalam apa jua keadaan sekalipun kami tidak boleh menyertai Piala Dunia,” kata menteri itu kepada televisyen negara pada hari Rabu.
Amerika Syarikat akan menjadi tuan rumah bersama Piala Dunia 2026 FIFA World Cup bersama Canada dan Mexico. Namun semua perlawanan peringkat kumpulan Iran dijadualkan berlangsung di…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
