
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menyatakan Durian Musang King adalah produk unik Malaysia dan negara lain tidak dibenarkan memasarkan hasil durian mereka menggunakan nama yang sama.
Menurut beliau, Durian Musang King dilindungi di bawah pendaftaran Petunjuk Geografi (GI) Malaysia, petik The Star.
Baca Juga:
“Musang King milik Malaysia. Negara lain tidak boleh memanggil durian mereka sebagai Musang King.
“Rupa mungkin kelihatan serupa, tetapi kita semua tahu rasanya berbeza,” katanya semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Rabu (25 Feb).
Beliau menjawab soalan daripada Ngeh Koo Ham yang bertanyakan sama ada kerajaan menyedari tentang kemasukan durian dari Thailand dan Vietnam ke Malaysia sebelum dieksport ke China, serta durian yang dijual terus ke China menggunakan label Musang King.
Mohamed Sabu Malaysia sedang dalam perbincangan berterusan dengan Pentadbiran Am Kastam China (GACC)…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
